Sumber: Berita Harian 10 Oktober 2017
PORT DICKSON: "Saya terkejut bila dengar bunyi letupan, lepas tu orang menjerit."
Pengawal keselamatan di sebuah hotel di sini, menceritakan apa yang berlaku dalam kejadian runtuhan bumbung membabitkan sebuah bilik penginapan di sini, awal pagi tadi.
Meminta namanya tidak disiarkan, beliau duduk di bahagian bawah bangunan itu bersama seorang rakan ketika kejadian jam 4.15 pagi itu.
"Bunyi itu datangnya dari tingkat paling atas iaitu tingkat enam. Saya dan rakan bergegas naik untuk memeriksa apa yang berlaku.
"Tidak lama kemudian, kami mendengar jeritan dari sebuah bilik yang bumbungnya runtuh.
"Saya mengarahkan rakan menghubungi bomba dan cuba membantu namun tidak dapat mengeluarkan mereka kerana pintu tersekat akibat runtuhan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Katanya, bomba yang tiba tidak lama kemudian berjaya mengeluarkan pasangan suami isteri berusia 51 dan 52 tahun itu yang cedera ringan pada kepala dan kaki akibat terkena serpihan runtuhan.
Katanya, anak lelaki pasangan itu yang berusia 27 tahun tidak cedera.
Beliau berkata, unit penginapan disewa keluarga itu mempunyai dua tingkat dengan pasangan terbabit tidur di tingkat atas, manakala anak mereka di tingkat bawah.
Selain bumbung dan siling, sebahagian dinding bilik berkenaan turut runtuh manakala tingkap serta pintu kaca pecah.

Comments
Post a Comment