Sumber: Berita Harian 10 Oktober 2017
JOHOR BAHRU: Polis Johor sudah memindahkan dua anggota Unit Kereta Peronda (MPV) yang tular dalam gambar dengan wanita berpakaian seksi.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata mereka dipindahkan dari Unit Rondaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat ke jabatan lain.
"Sebenarnya kita kenal pasti ada dua orang pada masa itu tetapi yang zahir hanya seorang saja melakukan kesalahan itu.
"Mereka sudah dipindahkan keluar dari tugas MPV dan diletakkan dalam tugas yang tiada hubung kait dengan masyarakat.
"Kertas siasatan juga dibuka dan tindakan susulan akan menyusul," katanya pada sidang media selepas lawatan kerja di IPD Iskandar Puteri, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dua anggota MPV IPD Segamat yang gambar mereka didekati seorang wanita seksi ketika bertugas.
Dalam gambar itu, seorang anggota polis terbabit dilihat memegang tangan wanita yang berpakaian seksi.
Comments
Post a Comment