Pernah tertanya-tanya apa yang terjadi kepada wang anda setelah debit kad anda dicaj? Jom kita tengok apa terjadi di sebalik tabir!
SEBELUM ITU, biar kami jelaskan bahawa anda hanya boleh melabur SELEPAS akaun anda telah disahkan. Untuk akaun anda disahkan, pastikan;
Gambar kad pengenalan adalah jelas; dan
Nombor bank akaun anda betul (dan ianya adalah akaun anda)
Jika tidak, transaksi anda akan tertera sebagai “Pending”.
Selepas akaun anda disahkan dan anda telah membuat deposit pertama;
1. Kad debit anda dicaj.
Kami akan menerima wang anda pada hari bekerja yang berikutnya. Pada ketika ini, duit anda sudah ditolak, tetapi ianya masih dipegang oleh bank anda. Di dalam aplikasi Raiz anda, transaksi ini akan tertera sebagai “Processing” dalam skrin “Past”.
2. Pada pagi hari bekerja berikutnya, bank anda akan menghantar wang anda kepada Penjaga atau “Custodian”.
“Custodian” bertanggungjawab untuk menjaga wang anda.
3. Raiz akan meminta “Custodian” untuk membeli unit amanah saham daripada ASNB.
Di dalam aplikasi Raiz anda, transaksi ini masih akan tertera sebagai “Processing” dalam skrin “Past”.
4. ASNB akan memberi pengesahan pembelian unit anda (ini akan berlaku pada petang hari yang sama).
Sebaik sahaja kami mengemaskini pembelian tersebut di dalam sistem kami, status “Processing” pada transaksi anda akan hilang. Ini bermakna pelaburan anda sudah berjaya dan akan dikemaskini di “Investment account value” pada “home screen”.
Sertai Raiz klik sini https://links.raiz.com.my/xhm4
Comments
Post a Comment