Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan terjadinya pembentukan fibroids (ketumbuhan) pada uterus wanita. Faktor-faktor ini dikategorikan kepada faktor primary dan faktor secondary. Kemungkinan juga terdapat faktor luaran seperti gangguan emosi yang berkecamuk sehingga mengganggu keseimbangan dalam badan, dan akhirnya membuat wanita terdedah kepada pembentukan fibroids. Antara faktor-faktor utama yang telah dikenalpasti sebagai penyebab pembentukan fibroids adalah seperti; 1. Faktor genetik - di mana sifat genetik tertentu yang dimiliki seseorang wanita itu membuatkan sel-sel mereka mereka mudah metabolisme sel yang tidak normal. Maka wanita yang mengidap gejala sel yang mempunyai sifat ketidakfungsian metabolisme akan lebih mudah mendapat fibroids berbanding dengan wanita yang memiliki sel normal. Walaupun begitu, wanita yang sudah mendapat fibroids tidak perlu risau kerana keadaan tersebut boleh diperbetulkan. Kajian genetik ada menunjukkan binaan genetik boleh diubah da...
This blog is about health, fitness, self-help, online business opportunities and social networking