Skip to main content

Posts

Showing posts with the label covid-19 vaccine

Perjanjian dengan Pfizer terbatal jika gagal daftar FDA, NPRA

  KUALA LUMPUR: Perjanjian bagi pembelian 12.8 juta dos vaksin COVID-19 daripada syarikat farmaseutikal, Pfizer Inc akan terbatal jika vaksin itu gagal didaftarkan dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan.  Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter, hari ini.  Ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Malaysia sudah memeterai dua perjanjian yang memberi jaminan untuk negara mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan imunisasi 30 peratus rakyat.  Ia termasuk perjanjian dengan Pfizer Inc yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai pada 24 November lalu membabitkan bekalan 12.8 juta dos vaksin untuk 20 peratus atau 6.4 juta rakyat.  Perdana Menteri turut menegaskan, syarikat itu bagaimanapun masih perlu mendapatkan kelulusan FDA dan NPRA sebelum vaks...